ANGIN RINDU KASIH ABADI
Tatkala
sendirian…
Hatiku
terdengar degupan cintamu…
Suara
engkaukah itu?
Yang
berbisik
Seiring dengan
degupan jantungku?
Ku sisip memori semalam
Kasihmu sesegar embun pagi
Ketika mataku
Baru sahaja melihat ind
ahnya mentari
Ketika bibirku
Baru sahaja menjamah suam susumu
Tanpa lafaz kau
melangkah pergi.
Rengekanku
kah yang melorek resah?
Atau robek
hatimu
Terhadap
seorang lelaki bernama suami?
Ujarkan....
Uarkan aku
satu kepastian
Agar…
Rindu ini
beralasan.
Aku dah tak berdaya
Berkawan dengan angan-angan
Bertemankan bayang-bayang
Aku teringat bila cuba melupa
Aku menangis bila cuba tertawa
Wajahmu
masih kutatap
Di sudut
kamar hatiku
Meskipun
terlindung dibalik tirai semalam
Ku tak jemu
menanti,
Mentari
turun beradu,
Walau tujuh
hari seminggu
Asalkan
impian dapat kugapai
Hadirku
membawa bahagia
Bersemayam
di sebalik awan
Menyulam
kasih melerai sepi
Pada…
Tika dan
saat yang pasti.
.jpg)

No comments:
Post a Comment